The Spring telah mengeluarkan kenyataan bahawa lebih dari 40 kakitangan mereka positif Covid-19.
Selepas Ujian Saringan COVID-19 Di The Spring Kuching, Lebih Dari 40 Kakitangan Telah Disahkan Positif. The Spring Shopping mall telah mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa lebih dari 40 kakitangan mereka disahkan positif Covid-19 pada hari ini.
Selepas Ujian Saringan COVID-19 Di The Spring Kuching, Lebih Dari 40 Kakitangan Telah Disahkan Positif
14 lagi pengawal keselamatan di pusat membeli belah ini telah disahkan positif Covid-19
Sebelum ini, 14 lagi pengawal keselamatan di pusat membeli belah ini telah disahkan positif Covid-19. Semua yang telah disahkan sebagai kontak rapat telah pun menjalani kuarantin dari 19 May 2021 lalu dengan kes positif yang terakhir dilaporkan pada 22 May 2021.
Berikut adalah kes positif yang dilaporkan di The Spring Shopping Mall:
Toys R Us: 2 Kes positif
Coach: 1 Kes Positif
Daiso: 2 Kes Positif
Ta Kiong Supermarket: 1 Kes Positif
Aeon Wellness: Big Apple Donut: 1 Kes Positif
Ujian saringan menyeluruh ke atas semua kakitangan
Hari ini (27 Mei 2021), ujian saringan menyeluruh ke atas semua kakitangan di pusat membeli belah tersebut telahpun dilaksanakan dari jam 3 petang tadi sehingga jam 8 malam hari ini. Keputusan ujian saringan menyeluruh itu pula akan diumumkan dalam beberapa hari lagi.
Oleh itu, The Spring Shopping Mall telah pun mengambil langkah untuk menutup pusat membeli belah tersebut selama 14 hari bermula hari ini.
Pusat beli belah tersebut kini diarahkan tutup selama 14 hari.
RALAT: Diserbu Tanpa Amaran, Individu Di Pusat Beli Belah The Spring Kuching Diarahkan Jalani Ujian Swab Serta Merta. Individu dan juga kakitangan di pusat beli belah The Spring telah diminta untuk lakukan ujian saringan Covid-19.
RALAT: Diserbu Tanpa Amaran, Individu Di Pusat Beli Belah The Spring Kuching Diarahkan Jalani Ujian Swab Serta Merta
Mereka yang berada di dalam premis tersebut diarahkan menjalani ujian saringan
Menurut sumber, mereka yang berada di dalam premis tersebut diarahkan menjalani ujian saringan. Tular di media sosial, gambar ratusan pengunjung dan kakitangan terkandas di pusat beli belah itu sejak tengah hari tadi.
Perkara tersebut telah tular di Facebook dimana orang ramai mengatakan pusat membeli belah tersebut tutup dan kesemua kakitangannya pula diarahkan untuk jalani ujian saringan Covid-19.
Pihak perubatan yang mengendalikan ujian saringan Covid-19 juga boleh dilihat
Pihak perubatan yang mengendalikan ujian saringan Covid-19 juga boleh dilihat di The Spring bersama pihak berkuasa.
Bagi yang berhasrat ingin ke pusat membeli belah tersebut, tangguh dahulu hasrat anda. Apa yang penting adalah anda jaga diri anda dan hanya keluar jika benar-benar perlu.
Pusat membeli belah The Spring telah mengumumkan penutupannya selama 14 hari bermula 27 Mei 2021
Menurut The Spring Shopping Mall, mereka memandang perkara ini dengan serius terutama sekali mengenai kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan pelanggannya. Oleh itu, pusat beli belah berkenaan komited terhadap peranan mereka dalam komuniti ini untuk melakukan apa yang betul.
Hari ini, tHe Spring bersama Kementerian Kesihatan Malaysia telah melakukan ujian swab besar-besaran untuk semua pekerja dan peruncit mereka.
The Spring Shopping mall juga turut memohon maaf maaf kepada kepada pelanggan mereka yang telah diarahkan untuk mengambil ujian saringan Covid-19 juga.
Berikut merupakan sebab mengapa The Spring Shopping Mall akan memulakan penutupan pusat beli-belah tersebut buat sementara iaitu bermula hari ini 27 Mei 2021 hingga 9 Jun 2021.
Mari kita bersama-sama berjuang menentang Covid-19, perjuangan ini belum lagi berakhir. Sama-sama kita mainkan peranan masing-masing untuk saling melindungi satu sama lain.
Jalan yang penuh warna warni di tengah Bandaraya Kuching
Asal Usul Nama Wayang Street (Lebuh Wayang) Di Kuching. Lebuh Wayang merupakan sebuah jalan di tengah-tengah Bandaraya Kuching yang memiliki nilai pelancongan yang tinggi. Malah, kawasan ini sering kali menjadi tumpuan ramai kerana di sinilah terletaknya tokong Cina yang megah dan masih utuh di bandaraya ini.
Namun, tahukah anda cerita di sebalik nama jalan ini?
Menurut Dr. Elena Chai, pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), jalan ini dinamakan sebagai Lebuh Wayang atau Wayang Street kerana kawasan jalan ini dahulu terkenal dengan persembahan opera Cina.
Asal Usul Nama Wayang Street (Lebuh Wayang) Di Kuching Sumber : Youtube Matthew Wong
Persembahan opera, ritual masyarakat Cina sempena ulang tahun dewa
Pada zaman dahulu, masyarakat Cina mengadakan persembahan opera sebagai salah satu upacara ritual untuk dewa-dewa kepercayaan mereka. Opera ini akan diadakan semasa hari kebesaran ataupun hari ulang tahun dewa masyarakat Cina. Oleh yang demikian, sebuah pentas akan didirikan dan dilengkapi dengan sebuah skrin wayang yang besar. Pentas ini terletak betul-betul di bertentangan hadapan tokong Feng Shan Shi (鳳山寺)/ Hong San Si dan dinamakan sebagai pentas Daguantai.
Untuk pengetahuan anda, tokong Hong San Si adalah tokong bagi masyarakat Cina Hokkien yang didedikasikan buat dewa mereka yang bernama Guang Ze Tian Wang (廣澤天王). Ia dibina pada tahun 1848 dan mula-mula diubah suai pada tahun 1897.
Tokong Feng Shan Si, Lebuh Wayang, Kuching
Pada waktu dahulu, opera tersebut menyaksikan pasukan opera Ming Hokkien akan membuat persembahan. Opera ini dibuat bagi meraikan hari kelahiran para dewa dalam masyarakat Cina. Persembahan opera kebiasaannya diiringi dengan alunan alat muzik. Kebiasaannya, jenis muzik yang mengiringi muzik orkestra ini adalah muzik klasikal.
Tambah meriah apabila masyarakat Melayu turut sama menonton
Disebabkan wayang besar yang didirikan di jalan ini, maka hal ini telah menarik minat masyarakat Melayu di kawasan berdekatan untuk turut sama menonton persembahan opera ini. Masyarakat Melayu yang datang melihat persembahan ini kemudiannya menganggap opera ini sebagai satu persembahan wayang. Teater Lishi ditubuhkan di sini pada tahun 1952 dan menjadi kawasan tumpuan peminat seni teater.
Maka, daripada situ, nama jalan tersebut dinamakan sebagai Lebuh Wayang ataupun Wayang Street sehingga ke hari ini.
Namun sebenarnya, kisah jalan ini sebenarnya lebih daripada itu.
Gambar hiasan. Sumber : Harian Metro
Huaxiang Street, jalan tempat letak lembu dan penuh dengan aktiviti mencurigakan
Menurut sebuah sumber, sebelum nama jalan ini dipanggil sebagai Lebuh Wayang, masyarakat Cina terlebih dahulu menggelarnya sebagai Huaxiang Street. Huaxiang Street ini dahulunya tidak kurang daripada hanya sekadar sebuah lorong belakang yang tersembunyi, dengan deretan kedai lama, tokong lama dan sebuah pentas lama kepunyaan tokong tersebut. Di hadapan deretan kedai lama ini pula, terdapat sebuah lot kosong yang sering menjadi tempat meletakkan lembu dan dipenuhi dengan najis lembu sehingga ia digelar dengan satu lagi nama iaitu ‘Niu Shi Street’.
Keadaan Lebuh Wayang masa kini. Foto : Google Maps
Disebabkan lorong ini seringkali menjadi kawasan untuk individu atau kumpulan menyembunyikan sesuatu ataupun melakukan aktiviti yang mencurigakan, maka kawasan ini pernah menjadi kawasan merah di Kuching dan menarik perhatian kumpulan gang untuk berkeliaran di kawasan rumah pelacuran. Dari sinilah gelaran ‘flower fragrance’ muncul dan dikaitkan dengan gelaran untuk jalan ini.
Kini, kawasan jalan ini hanya dipenuhi dengan deretan kedai lama serta tokong Feng Shan Shi yang masih utuh dan cerah. Bukan itu sahaja, mural-mural gergasi yang cantik dan instagrammable juga boleh dilihat di sepanjang jalan ini. Sekali sekala, anda boleh menikmati aiskrim berperisa matcha di seberang tokong ini atau ABC ais kantong yang dijual tidak jauh dari tokong tersebut. Kedai-kedai makan ala-ala antik dan tradisional pun banyak di sini.
Menarik bukan?
Baca juga sejarah Bandaraya Kuching yang lain di sini :
Kenderaan MPV terbabit terlibat dalam kemalangan dengan ambulans hari ini
Perlanggaran Antara Ambulans Dan MPV Awal Hari Ini, Disyaki Bawa Pesakit COVID-19. Ia dilaporkanbahawa ambulans yang terlibat dalam kemalangan awal hari ini dengan sebuah kenderaan MPV telah membawa seorang pesakit disyaki mempunyai Covid-19.
Perlanggaran Antara Ambulans Dan MPV Awal Hari Ini, Disyaki Bawa Pesakit COVID-19
Ambulans dalam perjalanan ke hospital setelah mengambil pesakit terbabit ketika kemalangan berlaku
Menurut laporan, ambulans dari Hospital Umum Sarawak (HUS) itu sedang dalam perjalanan ke hospital setelah mengambil seorang pesakit yang disyaki mempunyai Covid-19 dari BDC.
Kejadian tersebut berlaku di Jalan Rock apabila pemandu kenderaan MPV yang bergerak dari arah yang berlawanan hilang kawalan dan merentasi jalur median tengah dan menghempas ambulans berkenaan.
Hanya seorang jururawat di dalam ambulans mengalami kecederaan pada mata kirinya. Sementara itu, tiada orang lain dalam ambulans, termasuk pesakit terbabit, mengalami kecederaan fizikal dalam kejadian berkenaan.
Anggota bomba tiba ke kejadian untuk memberikan pertolongan cemas.
Jururawat yang cedera dan pesakit terbabit kemudian dibawa ke HUS oleh ambulans Perkhidmatan Penyelamata Perubatan Kecemasan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Agensi pengurusan hartanah terbabit tampil memohon maaf atas kegagalan mereka untuk mematuhi SOP
Turut Akui Bos Dapat Pengecualian Kuarantin, Syarikat Berkait Kluster ICOM(SWAG) Di Kuching Mohon Maaf. Semalam, sebuah kluster baharu telah diisytiharkan iaitu Kluster Icom. Kluster tersebut melibatkan sebuah agensi penasihat hartanah yang bertempat di Icom Square, Kuching.
Berikutan pengisytiharan tersebut, ramai netizen meluahkan kemarahan serta ketakutan masing-masing. Terkini, agensi itu telah tampil memohon maaf secara terbuka menerusi Facebook rasmi mereka.
Akui Bos Dapat Pengecualian Kuarantin, Syarikat Berkait Kluster ICOM(SWAG) Di Kuching Mohon Maaf
“Kami gagal mengemas kini di media sosial dan mengumumkan pelanggaran SOP dan kesalahan ini,” – agensi
Menurut kenyataan media Signature Wealth Advisory Group (SWAG), mereka memahami bahawa permohonan maaf telah lama ditangguhkan tetapi mereka ingin memohon maaf atas kejadian kluster terbaharu ini.
Memahami bahawa tiada jumlah permintaan maaf dapat menghilangkan bahaya yang ditimbulkan, mereka mengakui kesilapan dan memikul tanggungjawab atas kejadian ini.
Mereka juga menyatakan bahawa mereka telah bekerjasama erat dengan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengesahkan lokasi dan jumlah orang untuk meminimumkan kerosakan tetapi gagal mengemaskini media sosial dan mengumumkan pelenggaran SOP dan kesalahan mereka.
Sepanjang tempoh sebelum ini, mereka telah memberitahu semua pekerja, rakan kongsi, rakan dan ahli keluarga yang telah dihubungi secepat mungkin dan kesemuanya telah menjalani ujian swab secepat mungkin setelah diberitahu.
Bagi mereka yang didapati positif, mereka telah kuarantin diri.
Gambar sekadar hiasan. Kredit: FMT
“Memang benar bahawa salah seorang atasan medapat kelulusan daripada pihak berkuasa untuk kembali ke Kuching dari KL,” – agensi
Mereka kemudian menyatakan bahawa mereka harus dipersalahkan untuk kluster baharu ini.
Di samping itu, mereka mengakui bahawa salah seorang atasan mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa untuk kembali ke Kuching dari Kuala Lumpur selama 3 hari 2 malam sebelum menghadiri makan malam terbabit.
Gambar sekadar hiasan.
Untuk pengetahuan anda, perjumpaan makan malam ini dihadiri oleh kes indeks kluster Icom.
Agensi tersebut mengakui bahawa mereka adalah punca kluster Icom.
Walaupun sudah mendapat persetujuan daripada pihak berkuasa dan ujian swab adalah negatif sebelum penerbangan, mereka akui bahawa langkah berjaga-jaga harus diambil.
Meskipun mereka pilih untuk memikul tanggungjawab ini, mereka menyatakan kecurigaan tentang bagaimana jangkitan itu disebar dan setelah penyelidikan lanjut, mereka mempercayai bahawa ia dari salah seorang kontak rapat dari sana.
Mereka turut mengakui bahawa terjadinya pelanggaran SOP di sana.
Mereka mengakhiri permohonan maaf mereka dengan menyatakan bahawa mereka telah gagal mengikuti SOP setelah gambar-gambar perjumpaan itu disebarkan di internet, serta semua nama dan anggota lain disenaraikan telah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
“Ia sudah terlambat,” – netizen
Walaupun agensi itu telah membuat permohonan maaf secara terbuka, ramai netizen meluahkan perasaan marah dan kekecewaan kepada agensi itu.
“Sudah terlambat untuk membincangkan semua perkara, dan kejadian ini telah berlaku. Mengapa pemimpin atau atasan ini tidak dapat mencegah perkara ini berlaku sebelum ia berlaku? Pada masa sensitif ini apabila wabak ini serius. Sebagai orang yang bertanggungjawab secara sosial, syarikat tidak boleh menganjur sebarang aktiviti yang boleh mempercepat penyebaran virus. Rakyat dan kerajaan berusaha sedaya upaya untuk menghentikan rangkaian penyebaran ini. Ini adalah langkah yang sangat tidak bertanggungjawab dan berbahaya kepada masyarakat !!
“Kumpulan berbahaya, SOP mudah pun tak dapat ikut. Bagaimana nak percaya syarikat macam ini?”
“Jenis platform sehenti apa kumpulan ini yang tidak dapat mengikuti jarak sosial dan mengadakan perhimpunan besar dan menyebarkan virus kepada begitu banyak orang. Polis harus menangkap bos dan memanggil semua peserta dengan denda 10k.”
“Kamu sudah cakap bos dan pemimpin, selalunya mereka ni memang degil, mereka fikir mereka bos, kebal dari virus.”
“Wayang la nak mohon maaf. Korang tidak berfikir apabila merancang untuk membuat makan malam ini. Jika korang cukup waras, korang hanya akan menangguhkannya untuk kesejahteraan anggota dan orang ramai. Seperi yang kita semua tahu bersenang-senang adalah keutamaan berharap tiada masalah. Oleh itu, korang boleh menyalahkan nasib korang kerana ia menghasilkan kluster baru di Kuching. Tahniah dan semoga berjaya.”
“Fikirkan pelanggaran ini, berapa banyak orang / keluarga yang terjejas. Ini boleh menjadi kluster yang menakutkan. Untuk ini, korang tidak kecewa dengan Kuching, tetapi. KUCHING KECEWA DENGAN KORANG. Sebagai catatan akhir, saya harap sedikit kerosakan yang akan terjadi pada keadaan yang sudah rosak ini. Jaga diri sana!”
Apakah pendapat anda tentang perkara ini? Komen dan jangan lupa share.