Big Bad Wolf Akan Ke Kuching Buat Kali Pertama Bulan Julai Ini
Bazaar buku terbesar di dunia, Big Bad Wolf hari ini mengumumkan di laman facebook rasmi mereka bahawa mereka akan ke Kuching pada 7 sehingga 15 Julai 2018 bertempat di Borneo744, Kuching.
Sebelum ini, mereka juga mengeluarkan teaser video pendek mengenai lokasi mereka seterusnya selepas selama ini mereka kebiasaannya mengadakan pesta buku hanya di sekitar Semenanjung Malaysia.
Bagi anda yang pernah ke Big Bad Wolf di sekitar lembat klang, anda semestinya tahu bahawa kebiasaannya bazaar buku mereka menawarkan pelbagai buku menarik dan berkuali dengan harga mampu milik.
Jadi, jika anda berada di Kuching pada 7 sehingga 15 Julai ini, jangan lupa untuk melawat Borneo744 dan Big Bad Wolf. Big Bad Wolf Kuching juga diadakan sempena Rainforest Fringe Festival 2018.
Baca lagi : Perkara untuk dilakukan di Kuching