5 Event Menarik Hujung Minggu Ini Di Kuching, Jom Kita Meriahkan Bersama
Bermula dari hari ini, 29 September sehingga hari Ahad, 1 Oktober 2017, terdapat banyak aktiviti dan event event menarik di sekitar bandaraya Kuching. Bagi anda yang mencari aktiviti untuk dilakukan sepanjang weekend ini, anda boleh considerkan 5 event ini.
1. Intercultural Mooncake Festival, Kuching

Intercultural Mooncake Festival adalah festival tahunan yang sangat menarik di Kuching. Untuk tahun ini, festival ini diadakan dari 28 September sehingga 4 October di sekitar Ewe Hai Street, Bhishopgate Street, China Street sehingga ke sekitar Carpenter Street.
Menariknya festival ini juga adalah kerana ianya memaparkan perpaduan dan keunikan Kuching itu tersendiri, dengan gabungan pelbagai budaya menarik disatukan di bawah satu payung, iaitu Intercultural Mooncake Festival, Kuching.
Terdapat banyak aktiviti sampingan sempena festival ini, anda boleh semak laman facebook mereka untuk update aktiviti aktiviti mereka : Kuching Intercultural Mooncake Festival.
2. Tech Aware Day @ TEGAS Digital Innovation Hub
Sebelum ini kami pernah terbitkan sebuah artikel : 3 Office Paling Hipster Dan Cool Di Kuching, Sesuai Untuk Usahawan Muda
TEGAS Digital Innovation Hub adalah sebuah hub yang ditubuhkan kerajaan negeri untuk menjadi pemangkin kepada inovasi di Sarawak. Selaras dengan visi tersebut, mereka akan mengadakan Tech Aware Day @ TDIH pada hari Sabtu, 30 September 2017.
Terdapat pelbagai perkongsian menarik untuk event Tech Aware ini, ditambah lagi dengan kehadiran Noh Salleh untuk sesi khas : Ask Me Anything. Bagi anda yang meminati Noh Salleh dan ingin mengetahui journey beliau sebagai seorang anak seni, dan bagaimana beliau mengadaptasikan penggunaan teknologi untuk menghasilkan muzik.
Hussin Khan yang merupakan ‘the man’ behind visual effect untuk ‘Life Of Pi‘ juga akan hadir untuk berkongsi pendapat beliau.
Tempat adalah terhad, anda boleh daftar di : tech-aware.eventbrite.com
3. Creative Innovation Workshop, MaGIC Sarawak
Buat usahawan yang berminat untuk mendapatkan ilmu berkaitan dengan inovasi kreatif pula, anda boleh hadir ke workshop ini.
Terdapat 3 cluster untuk workshop ini, iaitu Creative Products, Technology & IT dan juga Social Innovation
Tempat adalah sangat terhad, dan anda boleh mendaftar di sini : https://events.bizzabo.com/CatWalkS2
4. Isthmus Super Automobile Fair
Bagi anda yang meminati autoshow dan sebagainya anda boleh hadir ke UCSI Hotel yang terletak bersebelahan dengan BCCK. Terdapat banyak aktiviti, antaranya adalah :
- Isthmus Bicycle Race
- Isthmus Wheelbarrow Fun Race
- Isthmus Autoshow
- Dan macam macam lagi.
5. Introduction To Sape, Beads Making And Ngajat
Untuk anda yang meminati atau ingin tahu lebih lanjut mengenai Sape, Ngajat dan juga beads making , anda boleh hadir ke Ground Floor, Riverside Shopping Complex, Kuching.
Workshop ini akan bermula pada pukul 2 Petang dengan bayaran RM35. Barang asas untuk kegunaan workshop ini akan disediakan, dan anda boleh membawa pulang benda benda yang telah anda cipta sepanjang workshop ini.
Anda juga boleh tinggalkan kereta anda di rumah sepanjang weekend untuk bulan Oktober ini kerana anda boleh nait GRAB dengan diskaun RM5 untuk setiap perjalanan. Tiada lagi pening palak carik parking, bayar parking, atau kena saman. Apatah lagi dengan parking yang terhad di kawasan waterfront dan sekitar, lebih elok untuk anda GRAB jak bah!
Fikirkan kembali, kenapa anda perlu cuba, jika anda boleh grab ke Tech Aware dan dapatkan sesuatu yang MaGICal sepanjang weekend ini?
Jangan lupa, guna aplikasi GRAB dan guna promo code ini : GRABWAK17
Selamat berhujung minggu, Kuching!