fbpx
More

    Mencari Linut ? Ini 3 Restoran Yang Menghidangkan Linut di Kuching

    Mencari Linut ? Ini 3 Restoran Yang Menghidangkan Linut di Kuching

    Linut atau dikenali sebagai Ambuyat bagi penduduk Brunei dan Sabah merupakan makanan yang diperbuat daripada tepung sagu dan dimakan bersama sambal belacan yang ‘ngesit’ .

    Mencari Linut ? Ini 3 Restoran Yang Menghidangkan Linut di Kuching

    Linut agak sukar dicari di Bandaraya Kuching kerana ianya bukan merupakan makanan ruji seperti Laksa Sarawak dan juga Mee Kolok yang boleh didapati dengan meluas. Namun begitu terdapat beberapa buah restoran yang menyajikan linut. Ada yang menyajikan linut sebagai hidangan harian, dan ada juga yang menyajikan linut sebagai hidangan seasonal atau hanya pada hujung minggu. Bagi anda yang Mencari Linut ? Ini 3 Restoran Yang Menghidangkan Linut di Kuching.

    1. Kedey Kamek

    Mencari Linut ? Ini 3 Restoran Yang Menghidangkan Linut di Kuching

    Kedey Kamek mempunyai 2 cawangan. Cawangan terbaru seperti gambar di atas adalah di Satok. Cawangan pertama mereka adalah di MetroCity Matang.

    Mencari Linut ? Ini 3 Restoran Yang Menghidangkan Linut di Kuching

    Linut di Kedey Kamek dihidangkan pada hari Sabtu dan Ahad. Jika anda mencari linut di hujung minggu, anda boleh berkunjung ke Kedey Kamek.

    Lokasi mereka adalah seperti di bawah ( cawangan Matang ) :

    2. My Village Barok 

    Mencari Linut ? Ini 3 Restoran Yang Menghidangkan Linut di Kuching

    My Village Barok terletak di Kampung Boyan. Bagi anda yang pernah membaca artikel lama kami di sini : Perkara Yang Boleh Anda Lakukan dalam 24 Jam di Kuching, Sarawak. Barok merupakan destinasi makan malam yang sesuai bagi anda yang inginkan ‘ local cuisine ‘ . Mereka juga menghidangkan linut yang anda boleh dapati setiap hari.

    Mencari Linut ? Ini 3 Restoran Yang Menghidangkan Linut di Kuching

    Lokasi My Barok Village adalah seperti dibawah :

    3. Barong Tinuk

    Mencari Linut ? Ini 3 Restoran Yang Menghidangkan Linut di Kuching

    Barong Tinuk yang terletak di Gita ini sememangnya sudah terkenal kerana mereka antara restoran terawal yang menyediakan Linut bagi pelanggan mereka.

    Mencari Linut ? Ini 3 Restoran Yang Menghidangkan Linut di Kuching

    Sambal linut mereka sememangnya ‘ ngesit ‘  dan pasti memuaskan anda yang gemarkan makanan yang pedas. Jika anda berkunjung ke sini, mereka juga menyediakan pelbagai lagi pilihan makanan tempatan seperti umai dan sayur midin. Lokasi mereka adalah seperti di bawah :

    Ada lagi restoran yang menyediakan Linut di Kuching? Jangan lupa untuk letak komen di bawah!

    Artikel Berkaitan