SOP untuk PKPB Di Sarawak sehingga 1 Mac 2021 telah dikeluarkan oleh MKN
PKPB Di Sarawak, Majlis Sosial Seperti Sambutan Hari Jadi, Resepsi TIDAK DIBENARKAN. Bermula dari 15 Februari sehingga 1 Mac 2021, Sarawak akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bagi menghalang penularan COVID19.
Seperti yang kita tahu, terdapat beberapa aktiviti yang dilarang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat kali ini. Menurut SOP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara, majlis sosial masih TIDAK DIBENARKAN sepanjang tempoh PKPB ini.
Majlis majlis sosial yang tidak dibenarkan adalah seperti berikut :
1. Kenduri kendara
2. Majlis perkahwinan dan pertunangan
3. Resepsi
4. Aqiqah
5. Doa selamat
6. Tahlil
7. SAMBUTAN MAJLIS KELAHIRAN
8. Retreat
9. Reunion
10. Dan lain lain majlis sosial.
Selain itu, rumah urut, spa, refleksologi, kelab malam, pub, taman tema, karaoke dan panggung wayang juga MASIH TIDAK DIBENARKAN beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Di Sarawak kali ini.
Rentas Zon Tidak Dibenarkan Tanpa Kebenaran PDRM
Seperti yang pernah dijelaskan sebelum ini, rentas zon adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKPB tanpa kebenaran PDRM. Sarawak telah dipecahkan kepada 19 Zon seperti gambar rajah di bawah :
Bagi jumlah penumpang di dalam kenderaan persendirian pula, ianya adalah berdasarkan kapasiti kenderaan tersebut. Namun begitu, individu berisiko tinggi dan kanak kanak tidak digalakkan untuk keluar ke tempat awam, sesak dan sebagainya.
Perkhidmatan penghataran makanan pula dibenarkan beroperasi dari pukul 6 pagi sehingga 10 malam.
Untuk SOP penuh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Sarawak, anda juga boleh rujuk gambar rajah lain di bawah.