fbpx
More

    Penerbangan Pertama Dari Shenzhen China Selamat Tiba Di Kuching

    Penerbangan Pertama Dari Shenzhen China Selamat Tiba Di Kuching

    Penerbangan pertama dari Shenzhen terus ke Bandaraya Kuching yang dikelolakan oleh Syarikat Tambang Murah AirAsia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada pukul 7.50 pagi tadi.

    Video yang dimuatnaik oleh Laman Facebook Sarawak Travel, Malaysia pagi tadi menunjukkan pesawat itu tiba dan disambut dengan pancuran air sebagai tanda hormat ketika pesawat tersebut menghala ke parking bay.

    Laluan antarabangsa terbaharu yang dilancarkan AirAsia itu akan mempunyai kekerapan sebanyak 7 kali seminggu dengan menggunakan pesawat AirbusA320.

    Shenzhen merupakan sebuah Bandar Moden di China yang terkenal sebagai Silicon Valley Of Hardware. Shenzhen juga terletak di sempadan China – Hong Kong dan merupakan antara bandar yang mempunyai penduduk yang padat di China.

    Baca juga : AirAsia Lancarkan Laluan Terus Kuching-Shenzhen Mulai 26 Disember 2017

     

    Artikel Berkaitan