fbpx
More

    Pembangunan Semula Hospital Umum Sarawak, Ini Yang Akan Kita Perolehi

    Pembangunan Semula Hospital Umum Sarawak, Ini Yang Akan Kita Perolehi

    Seperti yang kita tahu, Hospital Umum Sarawak yang merupakan hospital yang terbesar di Sarawak. Hospital yang terletak di Jalan Tun Abang Haji Openg ini mula beroperasi pada tahun 1931 dan sentiasa dinaiktaraf bagi menampung keperluan penduduk di Kuching dan di Sarawak secara amnya.

    Pembangunan Semula Hospital Umum Sarawak, Ini Yang Akan Kita Perolehi
    Gambar : Kok Wen Sai

    Hospital Umum Sarawak kini dibelenggu oleh masalah kekurangan tempat letak kereta, walaupun cadangan pembinaan tempat parkir bertingkat sudah dikeluarkan sejak tahun 2013 lagi.

    Hari ini, akhbar The Borneo Post melaporkan bahawa pembangunan semula Hospital Umum Sarawak akan siap dalam masa 3 tahun lagi. Menurut laporan yang memetik Pengarah Projek Asaljuru Weida Sdn Bhd, Jason Ng ; Naik taraf fasiliti di Hospital Umum Sarawak akan membantu untuk mengurangkan kesesakan.

     

    Pembangunan Semula Hospital Umum Sarawak, Ini Yang Akan Kita Perolehi

    Menurut pelan pembangunan semula ini, Hospital Umum Sarawak akan mempunyai :

    • 2 tempat parkir bertingkat yang dapat memuatkan 1790 buah kereta
    • 1 makmal
    • 160 bilik penginapan
    • 7 teater pembedahan
    • 1 foodcourt
    • 9 outlet komersil
    Pembangunan Semula Hospital Umum Sarawak, Ini Yang Akan Kita Perolehi
    Gambar : Redeveloping SGH

    Pembangunan semula Hospital Umum Sarawak akan bermula dengan fasa pertama dimana tempat letak kereta sementara akan dibuka bersebelahan dengan Jalan Medan Temple. Kawasan letak kereta sedia ada pula akan ditutup bagi memberi ruang untuk pembinaan dimulakan.

    Projek pembangunan semula ini dijangka akan siap pada tahun 2021. Anda boleh ikuti perkembangan projek ini di : https://www.facebook.com/redevelopingsgh

    Baca lagi : Dominos Pizza Akan Buka Cawangan Di Sabah Dan Sarawak, Di Kuching Dan KK

    Artikel Berkaitan