fbpx
More

    Warga Emas Mati Dibunuh Cucu Penagih Kerana Wang, Di Rampangi

    Seorang warga emas wanita yang berusia 66 tahun telah mati dibunuh cucunya sendiri hanya kerana wang ringgit.

    Warga Emas Mati Dibunuh Cucu Penagih Kerana Wang, Di Rampangi. Mangsa yang dikenali sebagai Dara Mihamad, disyakitelah dibunuh oleh cucunya dan telah ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kerusi rumahnya, dengan luka di muka dan di dagunya.

    Warga Emas Mati Dibunuh Cucu Penagih Kerana Wang Ringgit, Di Rampangi
    Warga Emas Mati Dibunuh Cucu Penagih Kerana Wang Ringgit, Di Rampangi

    Disahkan meninggal dunia di tempat kejadian

    Warga emas tersebut telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedic Hospital Umum Sarawak.

    Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Supt Merbin Lisa berkata setelah mangsa ditemui dirumahnya, seorang lelaki berusia 27 tahun yang dikenali sebagai cucunya ditangkap untuk membantu memudahkan siasatan kes tersebut.

    Menurut Merbin, pembunuhan dipercayai berlaku antara jam 7.30 malam hari Ahad dan 6.30 pagi Isnin semalam.

    Warga Emas Mati Dibunuh Cucu Penagih Kerana Wang Ringgit, Di Rampangi

    Kerana salah faham nyawa melayang

    Siasatan awal juga menunjukkan bahawa warga emas tersebut berlaku antara jam 7.30 malam hari Ahad dan 6.30 pagi Isnin semalam. Pembunuhan disyaki berlaku kerana salah faham antara si mati dan suspek kerana wang.

    “Suspek berasa tidak puas hati dengan tindak balas si mati lalu suspek mengambil senjata tajam yang dipercayai pisau dan menyerang mangsa,dan setelah itu suspek melarikan diri”, katanya ketika dihubungi Borneo Post hari ini.

    Suspek dipercayai tinggal serumah bersama mangsa. Mangsa telah ditemui oleh kakaknya sendiri yang datang berkunjung, dan memberitahu polis serta bapa suspek tentang kejadian tersebut.

    Merbin turut berkata, suspek kemudiannya ditangkap oleh bapanya sendiri bersama penduduk kampung lain sebelum suspek diserahkan kepada polis yang telah membuat tangkapan semula terhadap suspek.

    Sementara itu pula, polis telah menemui pisau yang dipercayai diguna ketika kejadian itu berlaku.

    Kes ini disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

    Warga Emas Mati Dibunuh Cucu Penagih Kerana Wang Ringgit, Di Rampangi

    Positif Metamphetamine

    Tambahan pula, suspek juga pernah mempunyai rekod jenayah lampau berkenaan penyalahgunaan dadah. Suspek juga dipercayai positif Metamphetamine.

    Baca lagi di sini:

    Artikel Berkaitan