fbpx
More

    Telefon Tidak Dijawab, Rupanya Sudah Pergi Buat Selamanya

    Wanita berusia 38 tahun ditemui meninggal dunia di ruang tamu rumahnya.

    Telefon Tidak Dijawab, Rupanya Sudah Pergi Buat Selamanya. Seorang wanita ditemui mati di ruang tamu rumahnya di Jalan Stampin, Isnin semalam.

    Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superintenden Merbin Lisa berkata bahawa wanita tersebt berusia 38 tahun dan ditemui rakannya yang berasa curiga apabila mangsa tidak menjawab telefonnya sejak malam Ahad.

    Telefon Tidak Dijawab, Rupanya Sudah Pergi Buat Selamanya
    Telefon Tidak Dijawab, Rupanya Sudah Pergi Buat Selamanya

    Tiga rakan mangsa pergi ke rumahnya

    Menurut beliau, tiga rakan mangsa pergi ke rumahnya sekitar jam 1 petang dan mendapati mangsa di dalam keadaan tidak sedarkan diri lalu rakannya terus menghubungi polis.

    “Mangsa telah disahkan meninggal dunia ketika diperiksa anggota paramedik di lokasi kejadian. Siasatan awal juga mendapati bahawa tiada unsur-unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian,” kata Superintenden Merbin Lisa ketika dihubungi semalam.

    Telefon Tidak Dijawab, Rupanya Sudah Pergi Buat Selamanya

    Dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik

    Tambah beliau juga, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

    “Pemeriksaan awal tubuh badan mangsa juga mendapati bahawa tiada kecederaan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat,” ujar beliau.

    Lagi di sini:

    Artikel Berkaitan