Sukakan Doraemon?The First Doraemon Event In Kuching Menanti Anda
Sukakan Doraemon?The First Doraemon Event In Kuching Menanti Anda .Anda pasti kenal Doraemon, satu anime dari Jepun yang semestinya sangat terkenal dalam kalangan kita.
The First Doraemon Event In Kuching ini diadakan di Vivacity Megamall sehingga 30 Jun 2019 bertempat di ruang legar ground floor pusat membeli belah tersebut. Acara yang julung kalinya diadakan di Kuching ini membawa pelbagai jenis karekter dan patung Doraemon dan mereka juga mempunyai pelbagai aktiviti sampingan untuk pengunjungnya.
Booth jualan seluas 4000 kaki persegi juga dibuka untuk pengunjung, dan mereka juga menerima pembayaran melalui dompet digital Sarawak Pay. Diskaun khas sebanyak 10% diberikan khas untuk pengunjung yang menggunakan Sarawak Pay untuk membeli cenderamata dan saguhati Doraemon!
The First Doraemon Event In Kuching ini sesuai untuk anda yang berkeluarga dan harus dipandang positif dengan menggunakan kehadiran Doraemon di Kuching ini sebagai satu medium untuk merapatkan hubungan kekeluargaan. Dipetik dari Utusan Borneo :
“Pihak Animation International (M) Sdn Bhd kembali mengimbau zaman kanak-kanak pada tahun 80-an dan 90-an dengan siri manga terkenal Jepun, Doraemon di Vivacity Megamall yang sedang berlangsung sehingga 30 Jun nanti.
Menurut Pengarah Animation International (M) Sdn Bhd Steve Chow, pengunjung yang juga merupakan peminat Doraemon buat pertama kalinya berpeluang melawat ‘pop up store’ berkeluasan 4,000 kaki persegi yang ditempatkan di pusat beli-belah itu.
“Ia menampilkan pelbagai rupa Doraemon sebagaimana yang diilustrasikan dalam komiknya seperti ‘Head Copters’ dan ‘Memory Bread’.
“Doraemon direka dalam bentuk yang menarik agar kanak-kanak akan membaca dan pada masa yang sama menggerakkan kemahiran kognitif untuk bermain sambil menyemai semangat berkawan.”
Jadi jangan lepaskan peluang untuk bersama Doraemon di Kuching!