Mayat kru kapal telah ditemui pagi ini sekitar jam 8.40 oleh orang awam di pintu pagar Barrage, Kuching setelah dua hari hilang.
Mayat Kru Kapal Yang Terjatuh Dari Kapal Akhirnya Ditemui Di Kuching. Mayat seorang kru kapal yang jatuh pada 23 September telah ditemui oleh orang awam di pintu pagar Barrage Kuching sekitar jam 8.40 pagi ini.

Mayat merupakan lelaki berusia 23 tahun dari India.
Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mengatakan bahawa mayat tersebut dikenal pasti sebagai Santosh Kumar, berusia 23 tahun dari India.
Identiti Santosh telah disahkan oleh penyelia kilang yang mengenali si mati.
Pada 23 September, mangsa dipercayai telah jatuh tergelincir dari kapal yang bergerak dan jatuh ke Sungai Sarawak berhampiran jambatan Isthmus sekitar jam 3 petang ketika itu.
Dikatakan bahawa anak buahnya telah menyaksikan mangsa jatuh ke dalam sungai dan berusaha menyelamatkannya dengan melemparkan pelampung keselamatan.
Namun malangnya, beberapa saat kemudian Santosh sudah tidak kelihatan lagi oleh anak buahnya.
Usaha mencari dan menyelamat telah dimulakan dua hari lalu oleh Bomba dalam radius 1.5 kilometer dari tempat kejadian.
Lembaga Sungai Sarawak juga turut terlibat dalam misi menyelamat itu.
Setelah mayat ditemui, bomba menelesaikan misi mereka pukul 9.30 pagi dan mayat tersebut telah diserahkan kepada polis untuk siasatan yang lebih lanjut.