Kini Anda Tidak Perlu Lagi Berbaris Untuk Bayar Bil Utiliti Di Sarawak. Boleh Dapatkan Ganjaran Tunai Lagi!
Komitmen untuk membayar bil utiliti adalah satu daripada kewajipan yang harus dilakukan oleh mana mana individu yang menghuni sesebuah premis kediaman.
Namun begitu, pembayaran bil utiliti boleh menjadi sesuatu yang menyusahkan sekiranya anda perlu ke kaunter untuk mengambil angka giliran, berbaris dan sebagainya. Masa yang digunakan untuk perkara perkara tersebut sebenarnya boleh digunakan untuk aktiviti yang lain.
Kini anda tidak perlu risau lagi. Aplikasi Sarawak Pay yang dikelolakan oleh Kerajaan Sarawak membolehkan anda untuk membayar bil utiliti terus dari telefon bimbit anda tanpa perlu untuk berbaris panjang lagi! Jimat masa dan juga petrol. Lebih menarik lagi, anda boleh dapatkan ganjaran tunai, atau dalam erti kata lain diskaun sekiranya anda menggunakan Sarawak Pay untuk membayar bil bil anda.
Bagaimana Cara Untuk Menggunakan Sarawak Pay Bagi Membayar Bil Utiliti Anda?
1.Pertama sekali, anda perlu muat turun Sarawak Pay Pautan disediakan seperti di bawah :
Android : bit.ly/spayandroid
Apple : bit.ly/spayapple
2.Setelah muat turun aplikasi Sarawak Pay, anda boleh daftar sebagai pengguna baharu atau anda boleh terus menggunakan Sarawak ID sekiranya anda pernah menggunakan mana mana sistem Kerajaan Sarawak seperti E Recruitment dan sebagainya.

3.Selepas muat turun, mendaftar dan log masuk ke aplikasi Sarawak Pay, tekan butang Pay Bill dan anda akan dapat beberapa pilihan seperti gambar di bawah :

4. Untuk pengguna Sarawak Pay kali pertama, anda perlu pilih ‘Add New Bill‘. Anda kemudian perlu memilih bil bil yang anda perlu bayar seperti gambar di bawah :

Banyak pilihan bil yang anda boleh bayar dengan menggunakan Sarawak Pay. Dari assesment sehingga ke bil eletrik semuanya boleh lah!
5. Pastikan anda masukkan maklumat bil sama seperti maklumat yang tertera di atas bil fizikal yang dihantar ke rumah anda.

Selepas selesai mengisi maklumat yang diperlukan, anda hanya perlu submit dan voila, selepas ini anda hanya perlu semak dan bayar bil anda terus dari aplikasi Sarawak Pay!