fbpx
More

    Grab Food Bakal Meluaskan Perkhidmatan Mereka Ke Kuching

    Grab Food Bakal Meluaskan Perkhidmatan Mereka Ke Kuching

    Syarikat Aplikasi E-Hailing, Penghantaran Makanan dan juga E Wallet iaitu Grab yang berpangkalan di Singapura dilaporkan akan meluaskan perkhidmatan mereka ke Bandaraya Kuching.

    Menurut sumber dalaman, pendaftaran untuk menjadi ‘ Rakan Penghantaran ‘ Grab Food kini dibuka.

    Grab sebelum ini melancarkan servis mereka di Kuching pada sekitar tahun 2017 dan pada tahun lepas mereka membuka Pusat Pemandu Grab yang terletak di Plaza Aurora di Kuching.

    Jika Grab mula menawarkan perkhidmatan Grab Food di Kuching, scene Food Delivery di Kuching dijangka akan bertambah meriah dengan sebelum ini beberapa syarikat tempatan cuba menawarkan perkhidmatan yang sama, iaitu EzFood, GetFood, Planet Kuching, MoreFun dan Easy Delivery.

    Jika anda berminat untuk mendaftar sebagai rakan penghantaran mereka, anda boleh lihat pautan ini : Daftar Rakan Penghantaran Grab

    Artikel Berkaitan