3 Tempat Bermisteri Yang Menjadi Persoalan Di Kuching
Disebalik kemajuan pembangunan fizikal yang berlaku di Kuching, terdapat kawasan kawasan tinggalan lama yang masih menjadi persoalan sehingga kini. Dalam artikel ini kami sertakan 3 tempat bermisteri yang menjadi persoalan di Kuching.
1. Villa Aidid, Siol Kandis
Jika di Johor Bahru terkenal dengan “Misteri Vila Nabila”, di Kuching pula apa kurangnya dengan Misteri Villa Aidid yang sampai sekarang belum terungkai misterinya. Villa Aidid adalah villa usang yang terletak di Bukit Siol Kuching. Kata orang, sehingga sekarang tidak diketahui siapakah pemilik sebenar villa tersebut tapi kata kami, lewatlah land survey sekda data sapa empun tanah ya hahaha.
Villa Aidid sangat terkenal sebagai tempat bermisteri di Kuching, sehinggakan ramai geng geng paranormal yang melawat ke Villa Aidid ini.
Anda boleh tonton video dari Kuching Ghost Recon di bawah untuk melihat situasi Villa Aidid di malam hari.
2. Asrama Terbiar Berdekatan Hospital Umum Sarawak
Asrama terbiar ini dahulunya merupakan kolej kediaman jururawat pelatih yang menjalani latihan di Hospital Umum Sarawak. Lokasinya yang bersebelahan dengan jirat cina.
Menurut info yang dikongsi oleh Sarawak Ghost Recon di laman facebook mereka :
” Aktiviti penyiasatan dilakukan di sebuah asrama terbiar yg terletak di belakang Hospital Umum Sarawak bersebelahan kubur cina, punca ditinggalkan tidak diketahui..keadaan asrama yg amat menyeramkan dan sy percaya tempat tersebut dihuni makhluk halus yg mempunyai energy yg sangat negative. Sy sendiri terkena serangan fizikal dibahagian kepala serta beberapa org kru kami ternampak kelibat makhluk halus.
*Disebalik tabir penyiasatan paranormal Kgr. ”
3. Hotel lama sebelah Shell Jalan Keretapi

Hotel ini kini terbiar selepas beberapa kali sebelum ini bertukar nama. Terletak bersebelah dengan Shell dan Kompleks Belia Dan Sukan, hotel ini juga termasuk dalam kategori tempat bermisteri di Bandaraya Kuching
Ada juga yang menunjukkan gambar satu bilik di hotel misteri tersebut yang lampunya terbuka ketika malam hari. Pendek cerita, NGUTIK HOTEL TOK KATA ORANG.
Anda ada lagi tempat misteri untuk dikongsi bersama? Kongsikan di ruangan komen di bawah.