fbpx
More

    3 Kes Positif Dikesan Di Kuching, Kesemuanya Kes Import

    Jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Sarawak meningkat sebanyak 709 kes

    3 Kes Positif Dikesan Di Kuching, Kesemuanya Kes Import. Terkini dilaporkan 3 kes positif Covid-19 telah dikesan di daerah Kuching, kesemuanya kes import. Ketiga-tiga kes tidak menunjukkan tanda dan gejala jangkitan Covid-19.

    Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Sarawak sebanyak 709 kes.

    3 Kes Positif Dikesan Di Kuching, Kesemuanya Kes Import
    3 Kes Positif Dikesan Di Kuching, Kesemuanya Kes Import

    Salah seorang adalah warga tempatan bekerja sebagai jururawat

    Kes ke-707 ialah seorang wanita warganegara yang kembali ke Malaysia dari Arab Saudi. Kes bekerja sebagai jururawat sebuah hospital di Mekah, Arab Saudi dan pulang ke Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid, Riyadh pada malam 24 September 2020 dan tiba di Kuala Lumpur pada tengah hari 25 September sebelum meneruskan penerbangan ke Kuching, Sarawak pada waktu malam hari yang sama.

    Kes telah menjalani saringan Covid-19 menggunakan ujian RTK Antigen ketika di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1). Hasil ujian adalah negatif. Kes meneruskan penerbangan ke Kuching dari Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2).

    Gambar hiasan.

    Kes dimasukkan ke pusat kuarantin hotel setiba ke Kuching untuk menjalani kuarantin wajib selama 14 hari.

    Pada 27 September iaitu hari ke-2, kes menjalani saringan Covid-19 menggunakan ujian rT-PCR dan keputusan adalah positif pada 28 September 2020. Kes tidak menunjukkan tanda dan gejala jangkitan.

    Kes dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut dan dikategorikan kes import (dijangkit semasa berada di luar negara).

    Pensyarah universiti, warganegara Myanmar

    Kes ke-708 dan 709 merupakan sepasang suami isteri warganegara Myanmar yang baru balik bercuti dari negara asal melalui Kuala Lumpur.

    Kes 708 adalah isteri kepada 709 dan merupakan pensyarah salah satu universiti di Sarawak. Kes telah berkhidmat di sini sejak tahun 2012 dan telah balik ke Myanmar untuk bercuti sejak 25 Februari 2020.

    Kedua-dua kes melakukan penerbangan dari Yangoon, Myanmar pada 12 September 2020 ke Malaysia melalui KLIA1.

    KLIA1. Kredit: Backpacking Malaysia

    Setiba di KL, kedua-dua kes menjalani kuarantin di pusat kuarantin hotel di KL dan menjalani saringan ujian rT-PCR pada 12 September 2020.

    Keputusan ujian saringan pertama adalah negatif pada hari yang sama.

    Ujian saringan kedua menggunakan RTK Antigen dibuat pada 21 September dan didapati negatif. Proses arahan kuarantin diteruskan hingga 25 September 2020.

    Kedua-dua kes meneruskan perjalanan dari KL ke Kuching, Sarawak pada 26 September dari KLIA1 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA).

    Setiba di Kuching, mereka dimasukkan ke pusat kuarantin hotel untuk menjalani kuarantin wajib selama 14 hari kerana belum cukupi 30 hari tempoh berada di Malaysia sebelum masuk ke Sarawak.

    Pada hari kedua iaitu 27 September, kes telah menjalani saringan menggunakan ujian rT-PCR dan keputusan ujian mendapati bahawa kes adalah positif pada 29 September.

    Kedua-dua kes tidak menunjukkan tanda dan gejala. Mereka telah dirujuk ke HUS untuk rawaran lanjut dan dikategorikan kes import.

    Lagi di sini:

    Artikel Berkaitan