3 Aplikasi Servis Penghantaran Makanan Yang Anda Boleh Cuba Di Kuching
Jika anda sibuk dengan kerja di pejabat atau malas untuk masak ketika berada di rumah, jangan risau kerana terdapat 3 aplikasi atas talian yang anda boleh cuba sekiranya anda berada di Bandaraya Kuching.
Grab Food
Grab Food boleh diakses terus dari aplikasi Grab yang sebelum ini terkenal sebagai sebuah aplikasi pandu seru untuk mendapatkan kenderaan. Kini, aplikasi Grab menjadi lebih dari hanya sekadar aplikasi pandu seru dan mereka menawarkan pelbagai servis lain seperti penghantaran makanan.

Fungsi GrabFood boleh diakses dari laman utama aplikasi Grab, dan anda boleh memilih untuk melakukan pembayaran dengan menggunakan fungsi Grabpay dan juga tunai.
Kelebihan Grab Food pula adalah kerana anda tidak perlu muat turun pelbagai aplikasi untuk mendapatkan makanan. Anda hanya perlu menggunakan aplikasi Grab dan setiap pembelian juga melayakkan anda untuk mendapatkan mata ganjaran grab rewards yang kemudiannya boleh ditebus kembali untuk diskaun dan pelbagai lagi ganjaran.
Food Panda

Food Panda pula merupakan aplikasi tempahan makanan atas talian yang telah beroperasi di Lembah Klang sejak beberapa tahun yang lepas. Baru baru ini, mereka telah meluaskan operasi mereka ke Bandaraya Kuching. Sekarang ini, mereka mempunyai promosi penghantaran percuma untuk setiap tempahan melebihi RM5.
Menarik mengenai aplikasi Food Panda adalah kerana mereka mempunyai banyak stall dan gerai gerai biasa, dan tidak terhad kepada restoran sahaja. Pembayaran boleh dilakukan secara tunai, atau secara atas talian menggunakan perbankan internet atau kad debit/kredit anda.
Lyfe

Aplikasi Lyfe pula merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh syarikat yang bertapak di Bandaraya Kuching ini sendiri. Sebelum ini, aplikasi Lyfe juga dikenali sebagai EzFood. EzFood memberhentikan operasi mereka untuk seketika sebelum dijenamakan semula sebagai Lyfe.
Aplikasi Lyfe ini mempunyai banyak pilihan local food dari pelbagai restoran dan gerai. Setakat ini, pembayaran hanya boleh dibuat dengan menggunakan wang tunai ketika penghataran dibuat.
Jadi jika anda lapar dan malas untuk keluar mendapatkan makanan, jangan risau kerana 3 Aplikasi Servis Penghantaran Makanan Yang Anda Boleh Cuba Di Kuching ini boleh menyelesaikan masalah anda