fbpx
More

    Borneo Highlands Resort, Kuching. A Hidden Paradise in Borneo.

    Borneo Highlands Resort, Kuching. A Hidden Paradise in Borneo.

    BorneoH

    Permandangan yang menghadap ke sempadan indonesia, melihat hutan belantara yang merupakan antara yang tertua di dunia dan kedua terbesar di dunia.

    Terletak hanya 60km dari Bandaraya Kuching, Borneo Highland merupakan tempat yang sesuai bagi anda yang inginkan ketenangan semasa bercuti.

    Borneo Highlands Resort adalah resort yang tertinggi di Kuching, terletak pada ketinggian 1000 meter di atas paras laut. Kebiasaannya, pengunjung yang datang ke Borneo Highlands Resort adalah mereka yang bermain golf, namun begitu tidak ramai yang sedar bahawa Borneo Highlands Resort juga merupakan tempat yang ideal untuk bercuti dan melepaskan diri dari hiruk pikuk kota.

    BorneoH

    Bayangkan jika anda perlukan tempat untuk

    • Menenangkan fikiran dan melakukan refleksi diri
    • Mencari ketenangan dan bebas dari kesibukan kota
    • Meluangkan masa berkualiti dengan pasangan anda
    • Menghirup udara yang segar dan bebas dari pencemaran

    Mungkin Borneo Highlands Resort merupakan tempat yang boleh menjadi pilihan untuk anda.

    Borneo Highlands Resort hanya mempunyai 40 bilik, bermakna anda tidak  akan berhadapan dengan ‘ crowd ‘ yang terlalu ramai seperti di Cameron Highlands.

    BorneoH

    Sekiranya anda minat untuk bermain golf,  cubalah bermain di sini, dengan ketinggian 1000 meter dari paras laut ianya pasti merupakan sebuah pengalaman yang amat berbeza berbanding dengan padang golf yang lain.

    BorneoH

    Pemandangan yang menarik pastinya akan memberi anda kepuasan apabila bercuti di sini.

    BorneoH

    Pemandangan dari bilik penginapan. Terdapat juga rumah banglo milik persendirian di kawasan resort ini. Suhu di Borneo Highlands resort adalah 18c hingga 28c sepanjang tahun.

    BorneoH

    Di Borneo Highlands Resort juga terdapat Taman Orkid dan juga Ladang Makanan Organik. Anda boleh menikmati makanan organik yang dihasilkan ladang tersebut di Cafe Annah Rais.

    BorneoH

    Tema Borneo Highlands Resort adalah ‘ Back to Nature, Back to Basics’.

    Anda juga boleh melakukan jungle trekking ke Batu Panggah, batu lagenda yang dikatakan mempunyai sumpahan.

    BorneoH

    Anda semestinya akan kagum dengan keindahan hutan yang terletak di sekitar Borneo Highlands Resort.

    Sekiranya anda ingin ke sini, pastikan anda menempah terlebih dahulu di website mereka atau juga boleh menempat terus di portal agoda dan sebagainya.

    Selamat Bercuti!

     

    Artikel Berkaitan