Kisah Hantu Janet, Hantu Lagenda Dari Zaman 70an Di Sarawak
Majoriti masyarakat di Kuching Sarawak amnnya pasti telah mengetahui kisah seram mengenai Hantu Janet yang terkenal di era 60an dan 80an pada satu ketika dahulu.
Orang ramai pasti akan berasa was-was untuk keluar pada waktu malam kerana pelbagai versi kisah seram mengenai Hantu Janet tersebar secara berleluasa satu saat dahulu.

Hal ini dirasakan terutama sekali pada mereka yang gemar keluar di waktu malam mahupun yang terpaksa mencari rezeki pada sebelah malam.
Al kisah cerita Hantu Janet yang sering menjadi bualan orang ramai adalah kerana Janet merupakan seorang gadis berketurunan Tionghua yang dikatakan diculik sekitar tahun 70an.
Difahamkan Janet adalah merupakan seorang penjawat awam yang bertugas sebagai seorang jururawat di Hospital Umum Sarawak(HUS) dimana pada hari kejadian berlaku saat dirinya diculik adalah selepas bertugas shift lewat malam.
Sudah menjadi lumrah bagi masyarakat zaman dahulu mempercayai bahawa ritual “korban semah” bagi setiap pembinaan dimana ritual tersebut hanya akan dilaksanakan jika syarat utama bagi mempermudahkan proses ritual berkenaan menggunakan kepala orang yang diculik akan dipengal untuk dijadikan semah kepada penunggu yang sering menghalang pembinaan tersebut.
Bila kerja pembinaan tergendala disebabkan sesuatu masalah,ia bermakna penunggu meminta korban untuk disemah sebelum mendirikan sesuatu bangunan/pembinaan yang akan menjadikannya kukuh dan stabil.

Pada ketika kejadian tersebut berlaku, penculikan dan kehilangan Janet berkait rapat dengan projek pembinaan Jambatan Satok Kuching dimana terdapat satu struktur besar sedang dibuat iaitu pembinaan dan kerana itulah mereka yang terlibat mula mencari mangsa. Selalunya mereka mencari gadis perawan untuk dijadikan korban. Hanya kepala mereka sahaja yang akan digunakan (biasanya ditanam dalam tiang kongkrit).
Oleh yang demikian, ramai cerita mengenai kemunculan “Janet” yang mulai hangat diperkatakan sering menjelmakan dirinya dengan merayau-rayau keseorangan di tengah malam di antara Kampung Kudei serta Kampung Bintangor iaitu kampung-kampung yang terletak di kawasan Satok dan seringkali diceritakan bahawa ada ramai yang melihat hantu “Janet” akan berjalan keseorangan dengan berbaju merah dan berkasut merah.

Jika ada lelaki yang tertawan dengan rupa parasnya yang dikatakan cantik dan gebu maka lelaki itu akan diajak oleh hantu “Janet” untuk menemaninya menonton wayang larut malam atau “midnight show” di Panggung Cathay yang terletak berdekatan dengan Masjid Bahagian Kuching. Seringkali dikatakan bahawa setiap kali juruwang Panggung Cathay akan menemui daun mahupun duit orang mati Cina di dalam lipatan duit perolehan panggung wayang pada keesokan harinya.
Ada juga versi lain untuk Hantu Janet, yang kami jumpa di sini : Himpunan Cerita Seram
Hantu Janet
Kisah hantu Janet merupakan kisah seram yang femes sekitar tahun 60-an, berlaku di kawasan Batu 4 dan Batu 5 di mana korang boleh lihat begitu banyak sofa konkrit, yakni jirat cina kat situ dan masih ada sampai sekarang.. Kisah Janet ni ada banyak versi, kononnya dia mati bunuh diri lepas jadi mangsa rogol atau mati dibunuh orang lepas jadi mangsa rogol. Tapi menurut versi abah aku yang berpindah ke kawasan Batu 4 dan 5 pada era 60-an (masa tu la era seram kat Kuching), Janet, seorang gadis Cina yang berusia 20-an mati dirogol orang.

Cerita dia macam ni, sempena dengan kejayaan tunang Janet melanjutkan study ke oversea, parent diorang adakan majlis pertunangan sebelum tunang Janet bertolak. Si tunang tu ambik flight malam sebab nak spend masa dengan Janet. So, bila masuk waktu malam, Janet decide nak hantar tunang dia sendiri (maybe malu nak kiss2 depan mak bapak dia or malu nak nangis). Lepas hantar tunang dia kat airport, dia pun balik lalu jalan yang sama (dulu jalan kat Batu 4-5 tak macam sekarang; gelap, sunyi, semak belukar). Kemudian, dia berhenti kat situ bila ternampak kayu melintang kat tengah jalan. Niat dia nak alih kayu tu sebab kereta yang dia guna (Ford jenis lama kalu tak silap) tak boleh naik atas kayu tu. Lepas tu….
Berbalik kat kisah orang tua Janet yang tunggu anak dara diorang yang cantik kat rumah. Si ibu nampak Janet ada kat bilik. Tapi Janet macam mengelak nak jumpa si ibu. Setiap kali parent dia nak bercakap, Janet masuk tandas, masuk bilik, keluar rumah. Orang tua Janet mula curiga dengan sikap anak dara diorang. Apa dah jadi terhadap Janet lepas hantar tunangannya ke airport?
Kemudian, kisah awek Cina yang suka tumpang orang mula heboh kat sekitar Batu 4 dan 5. Penduduk yang tinggal kat Kampung Jawa, Haji Baki mula rushing balik kerja (abah aku yang ikut kelas sekolah malam pun cuak masa tu). Pukul 6, jalan raya kat Batu 4-5 dah sunyi sepi. Dikatakan ada la Wak yang lalu jalan tu sekitar pukul 6, terjumpa awek Cina yang nak menumpang motosikal dia. Wak tu kasi la tumpang (sebab tak tau cerita) sampai hujung jalan yang dekat dengan jirat. Bila sampai rumah, Wak tu tercium bau busuk kat tempat duduk belakang motosikal. Lepas tu baru la Wak tu tau pasal kisah Janet.
Selepas 6 bulan berlalu, orang tua Janet tak penah bercakap atau bersua muka dengan anak diorang. So, diorang decide untuk tanya hal tu kat bakal menantu diorang. Kebetulan tunangan Janet balik untuk cuti semester so dia pun rushing balik bila dengar Janet berkelakuan pelik, dan sentiasa pakai baju merah, kasut merah, baju yang dipakai Janet masa hari pertunangan 6 bulan lepas. Tunangan Janet mintak tolong seorang sami sebab dia dapat rasa ada yang tak kena dengan Janet. Sangkaan lelaki tu akhirnya menjadi betul bila kereta Janet ditemui di bawah bukit dan mayatnya pula disumbat di dalam laluan air besar yang baru saja siap. Janet mati dirogol tetapi tiada siapa yang tahu siapakah si jahat itu.
Baca lagi : 3 Tempat Bermisteri Yang Menjadi Persoalan Di Kuching