fbpx
More

    Isu Papan Tanda : Laman Facebook Menteri Sarawak Pula Diserang Netizen

    Laman Facebook Dr Sim Kui Hian pula diserang netizen

    Isu Papan Tanda : Laman Facebook Menteri Sarawak Pula Diserang Netizen. Selepas tindakan Parti Tindakan Demokratik (DAP) Kuching menampal tulisan berbahasa cina membangkitkan kemarahan sesetengah kelompok masyarakat, kini mereka menyerang pula laman Facebook Dr Sim Kui Hian yang merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak.

    Anehnya pula, serangan itu ditujukan pada 1 muat naik oleh Menteri tersebut pada 5 Ogos yang lalu, yang juga menunjukkan papan tanda berlainan bahasa di Kota Samarahan.

    Untuk pengetahuan anda, Dr Sim Kui Hian adalah Ahli Dewan Undangan Negeri untuk Batu Kawa dan juga merupakan presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang juga merupakan sebahagian dari Gabungan Parti Sarawak (GPS).

    Isu Papan Tanda : Laman Facebook Menteri Sarawak Pula Diserang Netizen
    Isu Papan Tanda : Laman Facebook Menteri Sarawak Pula Diserang Netizen

    Muat naik tersebut menunjukkan beberapa keping gambar papan tanda jalan dengan kategori sebelum dan kini, dan gambar gambar tersebut menunjukkan papan tanda yang menggunakan tulisan rumi berbahasa Melayu dan juga tulisan cina.

    Berdasarkan caption muat nait tersebut, papan tanda berlainan bahasa merupakan tradisi di Sarawak yang telah dipraktikkan pada masa dulu dan kita perlu mempraktikkannya kini dan juga pada masa akan datang.

    Akan tetapi, selepas isu Pemuda Parti Tindakan Demokratik Kuching yang melakukan tindakan kendiri di papan tanda jalan di sekitar bandar Kuching, netizen menyerang laman facebook Dr Sim.

    Ada juga yang menyangka Menteri Sarawak itu Ahli DAP

    Agak melucukan juga, ada yang mengatakan Dr Sim Kui Hian sebagai ahli DAP, dan agak melucukan juga banyak komentar datangnya dari individu yang tidak pun bermastautin di Sarawak.

    Sementara itu, beberapa pemimpin tempatan di Sarawak semalam menegur tindakan Ahli DAP yang mengambil tindakan kendiri menampal, antara menteri yang menegur tindakan tersebut adalah YB Fazzrudin Abdul Rahman yang merupakan Timbalan Ketua Pemuda PBB.

    Anda boleh rujuk kenyataan tersebut di bawah : “Tindakan DAP Bermain Isu Bahasa Boleh Cetuskan Ketegangan Kaum”

    KENYATAAN MEDIA “Tindakan DAP Bermain Isu Bahasa Boleh Cetuskan Ketegangan Kaum” 1. Pemuda PBB kesal dengan tindakan…

    Posted by Fazzrudin A Rahman on Thursday, August 20, 2020


    Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dalam laporan yang dikeluarkan oleh Utusan Borneo pula berkata perbuatan tersebut adalah melanggar peraturan kerana tidak mendapat kebenaran DBKU. 

    Datuk Richard Wee yang merupakan Persekutuan Persatuan Cina Sarawak (SFCA) pula berpendapat memiliki papan tanda pelbagai bahasa sebagai usaha yang baik bagi mencerminkan kemajmukan kaum tetapi tidak wajar memandang remeh undang-undang berkaitannya.

    Dalam laporan yang keluar di Utusan Borneo itu juga, beliau berkata tindakan DAP negeri itu, tidak ubah seperti vandalisme. Menurutnya, DAP harus berfikir terlebih dahulu, akibatnya sebelum melekatkan tulisan Cina di papan tanda jalan, walaupun pihaknya mempunyai niat dan maksud yang baik.

    Jadi apa pula pendapat anda? Adakah anda setuju dengan papan tanda jalan pelbagai bahasa atau anda lebih gemar 1 bahasa? Jangan lupa tinggalkan komen anda di bawah.

    Baca juga artikel lain :

    Artikel Berkaitan