Insentif Sebulan Atau RM2 Ribu Minimum Untuk Penjawat Awam Sarawak
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan insentif sebulan atau RM2 Ribu minimum untuk penjawat awam Sarawak pada bulan disember ini.
Perkara tersebut diumumkan oleh beliau ketika ucapan penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.
Menurut laporan yang dipetik dari Utusan Borneo, Ketua Menteri Sarawak tersebut berkata :
” Negeri ini mempunyai keupayaan kewangan untuk melaksanakan bayaran insentif khas ini yang melibatkan anggaran berjumlah RM45 juta dan bayaran insentif khas akan diberikan pada Disember 2017 ”

” Bayaran insentif khas ini juga memandangkan prestasi kewangan yang mengagumkan dan kedudukan kewangan negeri yang sihat, yang disebabkan perkhidmatan mereka yang komited, perbelanjaan berhemat dan disiplin perkhidmatan awam ”
Beliau juga berkata bahawa beliau percaya bayaran insentif ini akan memotivasikan perkhidmatan awam negeri untuk terus menyampaikan perkhidmatan yang cemerlang.