Ini Lokasi Stall Yang Menjual Ramly Beef Burger Di Kuching
Bagi mereka yang pernah mencuba daging ramly burger, anda pasti tahu perbezaan rasa daging mereka dengan daging burger yang terdapat di pasaraya-pasaraya di Sarawak. Masih menjadi misteri mengapa daging burger ramli tidak dijual di Sarawak, adakah kerana ada campur tangan ‘ sang berkuasa ‘ atau pun Ramly Burger merasakan bahawa Sarawak bukan pasaran untuk daging burger kembu mereka. Yang peliknya, daging ayam ada pula. Entahlah, apa apa pun banyak lagi pilihan burger homemade di Kuching.
Bagi penggemar Ramly Beef Burger, ini 3 lokasi yang anda menjual Ramly Beef Burger.
- Azza Burger, Waterfront
Azza Burger memang merupakan stall burger yang terkenal bagi warga Kuching yang gemar merayau sehingga larut malam. Terdapat banyak pilihan burger yang disediakan, level berjela-jela. Bagi anda yang mencari burger daging ramli, jangan risau kerana mereka ada menjual burger tersebut.
Ikut peta di bawah untuk lokasi Azza Burger :
2. Rend’s Burger, Matang
Rend’s Burger terletak di Taman Orchidwood. Jadi bagi anda yang tinggal di kawasan berdekatan, boleh lah mencuba burger daging ramli mereka.
Ini menu yang terdapat di Rend’s Burger.
Lokasi Rend’s Burger adalah seperti peta di bawah :
3. Green Road Street Burger
Bagi anda yang tinggal di sekitar satok, anda boleh berkunjung ke Green Road Street Burger. Stall mereka terletak di tepi jalan, senang sahaja untuk anda kenal pasti.
Lokasi Green Road Street Burger adalah seperti peta di bawah :