Kejadian berlaku di Kampung Segedup, Batu Kawa
Demi Nak Menyelamatkan Rakan, Seorang Remaja Meninggal Dunia Akibat Lemas. Seorang remaja berusia 14 tahun dilaporkan meninggal dunia setelah mencuba menyelamatkan rakannya dari lemas.

Mangsa antara 15 rakan yang pergi ke sungai untuk bermandi-manda sekitar jam 9:30am
Menurut laporan, mangsa iaitu Hairi Hakimi, bersama 15 rakannya yang lain telah pergi ke sungai untuk mandi sekitar jam 9:30am.
Mangsa dilaporkan berusaha menyelamatkan seorang rakan dipercayai sedang berlemas.
Seorang jurucakap mewakili Jabatan Bomba berkata,
“Kami dimaklumkan bahawa mangsa berusaha menyelamatkan rakan yang lemas, tetapi malangnya mangsa sendiri hilang di bawah air. Kami juga diberitahu bahawa mangsa sendiri bukan perenang yang baik tetapi mempertaruhkan nyawanya untuk menyelamatkan rakan mereka.”
Bomba telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) setelah laporan diterima pada pukul 9.46 pagi. Mayat mangsa ditemui pada pukul 11.35 pagi kira-kira 4.5 meter dari tempat terakhir dilihat
Mayat mangsa telah diserahkan kepada Polis dan dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak.
Takziah kepada keluarga dan rakan-rakan arwah. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.