fbpx
More

    Budak Maki Pekerja Starbucks The Spring Minta Maaf, Menyesal Dengan Kesilapan

    Mungkin benar kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata……

    Budak Maki Pekerja Starbucks The Spring Minta Maaf, Menyesal Dengan Kesilapan. Individu lelaki yang dikatakan memaki pekerja Starbucks di The Spring, Kuching hari ini tampil dengan permohonan maaf.

    Permohonan maaf yang dimuat naik menerusi insta story beliau sepanjang hari ini ditujukan buat pekerja yang dimakinya dan beliau juga memohon maaf kepada netizen netizen atas perlakuan beliau.

    Budak Maki Pekerja Starbucks The Spring Minta Maaf, Menyesal Dengan Kesilapan
    Budak Maki Pekerja Starbucks The Spring Minta Maaf, Menyesal Dengan Kesilapan

    ‘ Saya dah minta maaf, sudah la awak semua saya pun malam tu tak berfikir panjang saya harapan anda semua jangan la bash saya ‘ katanya melalui insta story tersebut.

    Beliau turut memuat naik beberapa paparan yang menunjukkan beliau telah cuba menghubungi rakan pekerja Starbuck tersebut dengan tujuan untuk meminta maaf.

    Budak Maki Pekerja Starbucks The Spring Minta Maaf, Menyesal Dengan Kesilapan

    Bukan itu sahaja, beliau juga memuat naik paparan menunjukkan beliau cuba menghantar mesej kepada pekerja wanita tersebut dan sedang menunggu balasan.

    Budak Maki Pekerja Starbucks The Spring Minta Maaf, Menyesal Dengan Kesilapan

    Kemudian, beliau turut memuatnaik kenyataan meminta maaf dan menyatakan kekesalan beliau terhadap perlakuannya sebelum ini. Permohonan maaf beliau adalah seperti berikut.

    ” Dengan ini saya, Aliff memohon maaf kepada pihak netizen Sarawak atas kesilapan bodoh saya. Saya harap saya tidak mengulanginya lagi ”

    “Saya juga memohon maaf juga kerana saya tidak berani untuk membuat kenyataan video kerana saya takut dan saya minta maaf kerana mengatakan Sarawak bodoh. Saya harap benda ini tidak akan terjadi lagi dan saya dah sedar dan belajar”

    Akhir sekali, beliau turut memuat naik satu lagi insta story mesej dari pekerja starbucks yang dimakinya itu tadi.

    Dalam perbualan tersebut, beliau meminta izin pekerja Starbucks berkenaan untuk berkongsi perbualan tersebut di insta story beliau.

    Jadi apa pendapat ktk orang? Hari Jumaat ini dah raya haji. Mungkin masa untuk bermaaf maafan di Hari Raya.

    Baca juga artikel mengenai budak starbucks ini tadi :


    Oh ya, jika anda inginkan inspirasi untuk berjaya anda juga boleh baca artikel di bawah :

    Artikel Berkaitan