Tahukah anda sejarah Melanau dan nama asal Melanau rupanya diambil dari nama negeri Melano?
Asal Usul Kaum Melanau Dari Sebuah Negeri Yang Bernama Melano. Sebelum abad ke 19, nama negeri Malano ini dirujuk sebagai negeri Melano dalam sumber-sumber bertulis dan peta-peta lama. Nama negeri Melano ini diambil daripada Kawasan masyarakat Melanau di bahagian negeri Sarawak yang kita kenali pada hari ini.
Penjajahan Brunei di negeri Melano
Walau bagaimanapun, keberadaan nama negeri Melano ini telah semakin terhakis sejak penjajahan Brunei ke atas wilayah-wilayah tersebut sehingga mereka berjaya untuk melenyapkan nama tersebut sebagai nama negeri. Oleh kerana itu, hanya nama Melanau sahaja digunakan kini untuk merujuk kepada etnik Melanau di Sarawak.
Masyarakat Melanau ini tergolong dalam suku kaum Dayak yang terdapat di Borneo dan ianya merupakan salah satu kaum utama di Sarawak. Pada zaman dahulu, sama seperti kaum Iban, kaum Melanau juga tinggal di dalam rumah panjang (yang dibina tinggi).
Adat dan Kepercayaan Kaum Melanau
Tetapi masyarakat Melanau pada zaman sekarang telah mengubah cara hidup mereka mengikut corak orang Melayu dengan membina rumah Kampung.
Namun demikian, suku kaum Melanau tidak suka digelar Melayu hanya kerana mereka mempunyai gaya hidup yang hampir sama dengan Melayu.
Kaum ini sebenarnya Melanau tergolong dalam kelompok etnik Dayak. Penempatan masyarakat Melanau ini kebanyakkannya dibina di tepi sungai atau berdekatan dengan pantai.
Bagi agama yang dianuti masyarakat Melanau pula, agama Islam dan Kristian merupakan agama yang lazim dianuti mereka. Tetapi ada juga sesetengah yang masih lagi mempercayai makhluk ghaib yang digelar Ipok oleh masyarakat Melanau. Kepercayaan ini merupakan daripada cerita masyarakat ini sendiri yang dikatakan satu kepercayaan berasaskan adat masyarakat.
Adakah anda mengenali rakan-rakan anda yang berbangsa Melanau? Atau anda sendiri merupakan seorang yang berbangsa Melanau? Kongsikan pengetahuan anda tentang kaum ini di ruangan komen.