Kenderaan MPV terbabit terlibat dalam kemalangan dengan ambulans hari ini
Perlanggaran Antara Ambulans Dan MPV Awal Hari Ini, Disyaki Bawa Pesakit COVID-19. Ia dilaporkan bahawa ambulans yang terlibat dalam kemalangan awal hari ini dengan sebuah kenderaan MPV telah membawa seorang pesakit disyaki mempunyai Covid-19.
Ambulans dalam perjalanan ke hospital setelah mengambil pesakit terbabit ketika kemalangan berlaku
Menurut laporan, ambulans dari Hospital Umum Sarawak (HUS) itu sedang dalam perjalanan ke hospital setelah mengambil seorang pesakit yang disyaki mempunyai Covid-19 dari BDC.
Kejadian tersebut berlaku di Jalan Rock apabila pemandu kenderaan MPV yang bergerak dari arah yang berlawanan hilang kawalan dan merentasi jalur median tengah dan menghempas ambulans berkenaan.
Hanya seorang mengalami kecederaan
Hanya seorang jururawat di dalam ambulans mengalami kecederaan pada mata kirinya. Sementara itu, tiada orang lain dalam ambulans, termasuk pesakit terbabit, mengalami kecederaan fizikal dalam kejadian berkenaan.
Anggota bomba tiba ke kejadian untuk memberikan pertolongan cemas.
Jururawat yang cedera dan pesakit terbabit kemudian dibawa ke HUS oleh ambulans Perkhidmatan Penyelamata Perubatan Kecemasan Jabatan Bomba dan Penyelamat.