fbpx
More

    Alhamdulillah, PM Umum Lanjutan Moratorium Untuk Golongan Bersasar

    Pengumuman tersebut dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia sebentar tadi

    Alhamdulillah, PM Umum Lanjutan Moratorium Untuk Golongan Bersasar. Perdana Menteri Malaysia sebentar tadi mengumumkan bahawa kerajaan akan melanjutkan moratorium, untuk golongan bersasar.

    Keputusan yang diambil itu selepas mengambil kira keadaan ekonomi semasa. Moratorium ini akan dilanjutkan oleh golongan bersasar seperti :
    1. Mereka yang kehilangan pekerjaan pada tahun 2020.
    2. Mereka yang belum dapat kerja baru.

    Tempoh moratorium ini akan dilanjutkan lagi untuk 3 bulan, bermakna moratorium ini secara keseluruhannya akan diberikan sehingga paling kurang pun bulan disember 2020.

    Terlebih dahulu, Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa moratorium yang diberi sejak 1 April yang lalu telah sedikit sebanyak turut membantu rakyat yang terjejas kerana kemelesetan ekonomi yang melanda.

    Berita baik itu dijangka memberi kelegaan kepada rakyat kerana sebahagian besar masih mengharapkan moratorium itu dilanjutkan.

    Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika menjawab soalan pada sidang Dewan Rakyat, 21 Julai lalu dilaporkan berkata, kerajaan dan bank mengkaji lebih banyak bantuan bersasar kepada peminjam selepas moratorium bayaran balik pinjaman berakhir 30 September nanti.

    Menurutnya, ia termasuk pilihan pembiayaan semula berikutan sebahagian peminjam swasta dan perniagaan kini telah dapat membayar semula pinjaman mereka selepas menjana pendapatan apabila ekonomi dibuka semula pada Mei.

    “Langkah seterusnya, (kami) masih berbincang dengan bank (mengenai) pertolongan secara lebih tersasar. Satu contohnya adalah memanjangkan tempoh bayaran, mengubah terma dan syarat, mengurangkan kadar faedah dan memberi pelepasan lain,” katanya.

    Terdahulu pada 28 Jun lalu, kata Tengku Zafrul, hanya golongan sasar yang terjejas akan menerima moratorium sekiranya ia dilanjutkan dan bukan lagi secara automatik kepada semua seperti sebelum itu.

    Malaysia antara negara terawal melaksanakan moratorium secara automatik selain Singapura, Thailand, Indonesia, Itali, Kanada dan Amerika Syarikat tetapi hanya negara ini memberi moratorium selama enam bulan.

    Setakat 20 Julai lalu, nilai moratorium bayaran balik pinjaman institusi kewangan dianggarkan berjumlah RM59 bilion sejak kemudahan itu dikuatkuasakan pada 1 April dan memanfaatkan keseluruhannya 7.7 juta rakyat.

    Baca juga artikel lain :

    Artikel Berkaitan