fbpx
More

    Aktiviti Yang Anda Boleh Lakukan Sepanjang Cuti Sekolah Di Kuching

    Aktiviti  Yang Anda Boleh Lakukan Sepanjang Cuti Sekolah Di Kuching

    Sebenarnya, semakin banyak benda yang dapat kita lakukan di Kuching sepanjang cuti persekolah. Tidak perlu lagi untuk kita terbang jauh semata mata untuk bersiar. Kuching juga punyai tempat tarikat yang bersaiz kecil dan juga sederhana, sesuai untuk kita.

    Di sini kami sertakan tempat tempat dan aktiviti yang anda boleh lakukan sepanjang cuti sekolah di Kuching.

    1. Sertai aktiviti di Pustaka Negeri Sarawak.

    Banyak aktiviti aktiviti yang berfaedah seperti belajar menggunakan 3D printer, tayangan filem dan macam macam lagi. Aktiviti di Pustaka Negeri Sarawak kesemuanya percuma!

    Aktiviti Yang Anda Boleh Lakukan Sepanjang Cuti Sekolah Di Kuching

    2. Bersiar -siar di VH Green Nature Park 

    Aktiviti Yang Anda Boleh Lakukan Sepanjang Cuti Sekolah Di Kuching

    VH Green Nature Park merupakan sebuah taman mini yang terletak di Matang. Dengan saiz sebesar 4.5 ekar, VH Green Nature Park merupakan ‘ outdoor classroom ‘ yang mempunyai elemen pembelajaran yang diselitkan di dalam tarikan di dalam taman mereka. VH Green Nature Park juga dikuasakan dengan menggunakan tenaga solar dan mereka juga membela beberapa jenis haiwan seperti kuda, kambing dan juga burung burung.

    Lokasi VH Green Nature Park adalah seperti di bawah :

    3. Beriadah di Sentosa Theme Park

    Aktiviti Yang Anda Boleh Lakukan Sepanjang Cuti Sekolah Di Kuching

    Sentosa Theme Park adalah taman tema yang pertama di Kuching. Walaupun saiznya hanya sederhana tapi ianya mempunyai pelbagai jenis tarikan dan aktiviti yang boleh dilakukan.

    Aktiviti Yang Anda Boleh Lakukan Sepanjang Cuti Sekolah Di Kuching

    Terdapat aktiviti lasak, hiburan seperti Augmented Reality dan juga 5D museum untuk kanak kanak.

    Lokasi Sentosa Theme Park adalah seperti dibawah :

     

    4. Berkelah Di Air Terjun

    Aktiviti Yang Anda Boleh Lakukan Sepanjang Cuti Sekolah Di Kuching

    Banyak air terjun yang anda boleh lawati untuk tujuan berkelah. Anda boleh rujuk artikel lama kami di sini : Ini 4 Air Terjun Yang Anda Boleh Lawati Di Sekitar Kuching 

    Pilih sahaja satu dan bawa keluarga anda berkelah!

    5. Melawat Rumah Terbalik Yang Pertama di Kuching

    Aktiviti Yang Anda Boleh Lakukan Sepanjang Cuti Sekolah Di Kuching

    Anda boleh baca lebih lanjut mengenai Rumah Terbalik Kuching dan lokasi mereka di : Rumah Terbalik Yang Pertama di Kuching Kini Dibuka

    6. Berkunjung ke Lundu Dan Sematan

    Aktiviti Yang Anda Boleh Lakukan Sepanjang Cuti Sekolah Di Kuching

    Lundu dan Sematan adalah kawasan tarikan pelancongan yang paling dekat untuk diakses menggunakan jalan raya dari Kuching. Anda boleh baca 2 artikel kami :

    1. Perkara Yang Anda Boleh Lakukan di Lundu
    2. Tempat Tempat Menarik di Dun Tanjung Datu

     

    Selamat menikmati cuti sekolah dan jangan lupa untuk penuhkan cuti sekolah dengan aktiviti berfaedah!

    Artikel Berkaitan