fbpx
More

    5 Artikel Paling Popular Di Portal I Love Kuching Untuk Tahun 2017

    5 Artikel Paling Popular Di Portal I Love Kuching Untuk Tahun 2017

    2017 bakal menutup tirai dalam beberapa hari lagi, dan kami dari team editorial ilovekch.com ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat anda yang sudi menjadi pembaca laman web infotainment, travel dan juga lifestyle kami ini.

    To conclude Tahun 2017, kami siarkan semula 5 artikel paling popular tahun ini di laman sesawang kami.

    1. Sarawak Tarik Diri Dari Malaysia Tourism Board

    Sarawak Tarik Diri Dari Malaysia Tourism Board

    ‘Perang’ di antara Nazri Aziz dan juga Menteri Pelancongan Sarawak, Datuk Abdul Karim Hamzah semakin hangat apabila Nazri Aziz menempelak Datuk Abdul Karim Hamzah dengan menyatakan bahawa beliau adalah menteri ‘setahun jagung’

    Pemuda BN Sarawak mempertahankan tindakan Abdul Karim dan mengecam Nazri Aziz menurut laporan Free Malaysia Today

    “Tindakan melabelkan menteri Sarawak itu sebagai ‘setahun jagung’ dan masih budak lagi adalah satu penghinaan terhadap Datuk Karim yang telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan negeri untuk menerajui kementerian berkenaan di peringkat negeri,” kata menteri kerja raya itu dalam kenyataan hari ini.

    “Sebagai sebuah keluarga besar dalam BN, apa juga isu terutama menyentuh sensitiviti rakyat di mana-mana peringkat seharusnya ditangani secara musyawarah dalam semangat BN dan bukannya menerusi kenyataan umum atau hebahan media kerana ia boleh mencetuskan kemarahan nitizen.”

    Baca seterusnya :

    2. Orang Sarawak Pakai Baju Kebudayaan Dihalau Dari KLCC

    Orang Sarawak Pakai Baju Kebudayaan Dihalau Dari KLCC

    “Arini abam supir melayan tetamu dari sarawak..cerita sedih mereka ku share kan disini…

    Mereka ini hadir bg menghadiri satu pertandingan tarian kebudayaan yg di adakan di angkasapuri..singgah lah ke taman KLCC tuk nk amek gambar tuk dijadikan kenang2an tp DIHALAU oleh management_PETRONAS alasannya berpakaian sebegitu…mereka DIHALAU sepertinya menjadi satu kesalahan jika mengenakan pakaian kebudayaan tersebut tuk singgah bergambar sehinggakan ada pelancong mahu bergambar dengan mereka juga tidak dibenarkan dan ada satu perkataan yg cukup menguris perasaan mereka menyebut ” NAK AMEK GAMBAR SINI PEGI BLK HOTEL TUKAR BAJU DULU”

    Baca seterusnya : Orang Sarawak Pakai Baju Kebudayaan Dihalau Dari KLCC

    3. Lagenda Ikan Patin Dan Mengapa Ramai Melayu Sarawak Tidak Memakannya

    Lagenda Ikan Patin Dan Mengapa Ramai Melayu Sarawak Tidak MemakannyaUmum mengetahui bahawa kebanyakan masyarakat Melayu Sarawak leluhurnya adalah daripada negara-negara Nusantara seperti Indonesia dan yang lebih spesifik adalah leluhur yang berasal daripada Riau, Sumatera Barat. Sebenarnya ada sebuah cerita legenda di kalangan masyarakat Riau di Sumatera sejak beratus-ratus tahun dahulu. Cerita legenda tersebut mengisahkan seorang nelayan yang bernama Awang Gading, yang menemukan seorang bayi perempuan di atas batu di tepi sungai saat ia pulang memancing. Konon, bayi itu adalah keturunan raja ikan di sungai tersebut. Oleh kerana merasa kasihan dan simpati, si nelayan membawa bayi itu pulang ke rumahnya untuk dijaga dan dibesarkan seperti anak-anak yang lain. Bayi itu diberinya nama Dayang Kumunah. Selama dalam asuhannya, si nelayan telah mengajar Dayang Kumunah dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan budi pekerti yang baik, sehingga ia pun membesar menjadi seorang gadis yang cantik, bijak dan berbudi pekerti luhur. Setiap pemuda yang melihatnya pasti akan terpikat kepadanya.

    Baca seterusnya : Lagenda Ikan Patin Dan Mengapa Ramai Melayu Sarawak Tidak Memakannya

    4. 3 Tempat Ini Adalah Tempat Berkelah Paling Cun Di Kuching

    3 Tempat Ini Adalah Tempat Berkelah Paling Cun Di Kuching

    Memilih lokasi berkelah boleh menjadi satu masalah di Kuching kerana terlalu banyak pilihan tempat yang boleh dijadikan lokasi berkelah. Dalam artikel kali ini, kami senaraikan 3 tempat berkelah paling cun di Kuching, yang anda boleh terjah dan cuba sekiranya ingin berkelah.

    Baca seterusnya : 3 Tempat Ini Adalah Tempat Berkelah Paling Cun Di Kuching

    5. 3 Warung Makanan Murah Serendah RM2 Di Kuching

    5 Artikel Paling Popular Di Portal I Love Kuching Untuk Tahun 2017

    Baca selanjutnya : 3 Warung Makanan Murah Serendah RM2 Di Kuching

     

    Artikel Berkaitan