4 Pasar Malam yang Anda Boleh Kunjungi di Bandaraya Kuching
- Kai Joo Lane Night Market ( Setiap Jumaat dan Sabtu )
Kai Joo Lane Night Market terletak bersebelahan dengan India Street, di tengah tengah Bandaraya Kuching.
Beroperasi setiap hari Jumaat dan Sabtu, Kai Joo Lane Night Market menawarkan pelbagai pilihan makanan termasuk makanan tempatan.
Pasar Malam ini adalah salah satu usaha dari komuniti setempat untuk menghidupkan kembali Kai Joo Lane yang dahulunya merupakan pusat aktiviti setempat di Kuching.
Kebanyakan gerai di Kai Joo Lane Night Market diusahakan oleh golongan belia yang mempunyai minat di dalam perniagaan makanan dan minuman.
Lokasi Kai Joo Lane Night Market :
2. Uptown Satok ( Setiap Jumaat dan Sabtu )
Uptown Satok terletak di Civic Centre, hanya 5 minit perjalanan dari Waterfront Kuching. Diusahakan oleh Persatuan Koordinasi Pelancongan Satok untuk membantu peniaga peniaga kecil memasarkan produk mereka dengan kos sewa yang minimal. Terdapat banyak pilihan makanan dan juga barangan lain seperti baju, aksesori dan sebagainya.
Sekiranya anda berkunjung ke Uptown Satok, jangan lupa untuk mencuba Ais Kepal dari Gerai Khampung Snow. Khampung Snow merupakan gerai yang memodenkan Ais Kepal dengan menawarkan pelbagai perisa dan topping termasuk coklat kit kat.
#RALAT : Kami dimaklumkan bahawa Khampung Snow tidak beroperasi di Uptown Satok lagi.
Lokasi Uptown Satok :
3. Pasar Malam Belia MetroCity Matang ( Selasa – Khamis )
Pasar Malam Belia MetroCity Matang terletak di Petrajaya, 15 minit dari Pusat Bandar Kuching. Pasar Malam ini adalah inisiatif Persatuan Penjaja N6 Tupong.
Terdapat lebih dari 100 gerai di sini yang menyediakan pelbagai pilihan makanan dan juga barangan fizikal yang lain seperti jersi, beg tangan dan sebagainya.
Lokasi :
4. Pasar Malam Giant Semariang
Terletak di Semariang, Pasar Malam Giant Semariang beroperasi dari hari jumaat – ahad setiap minggu.
Diusahakan dengan kerjasama Pasaraya Giant untuk membantu peniaga kecil, Pasar Malam Giant Semariang juga menawarkan pelbagai pilihan makanan dan produk fizikal untuk pengunjung
Sekiranya anda berkunjung ke sini, jangan lupa untuk mencuba karipap ini!
Lokasi Pasar Malam Giant Semariang :