fbpx
More

    Port Cun Untuk Melihat Bunga Api Chinese New Year Di Kuching

    Port Cun Untuk Melihat Bunga Api Chinese New Year Di Kuching

    Tahun Baru Cina merupakan satu perayaan yang dinanti nantikan oleh penduduk Bandaraya Kuching bagi menikmati pertunjukan bunga api individu secara besar-besaran.

    Dalam artikel kali ini, kami senaraikan port port cun untuk melihat bunga api chinese new year di Kuching.

    1.BDC Flyover Interchange

    Port Cun Untuk Melihat Bunga Api Chinese New Year Di Kuching

    BDC flyover interchange terletak di antara CityONE dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Juga dikenali sebagai lokasi hot untuk speedtrap di Bandaraya Kuching.

    Lokasinya yang terletak di antara kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk berbangsa cina yang tinggi menyebabkan BDC Flyover Interchange merupakan antara port cun untuk melihat bunga api di Kuching.

    2.Rooftop CityONE Megamall

    CityONE Megamall merupakan satu satunya pusat membeli belah di Kuching yang mempunyai rooftop. Ianya juga terletak didalam kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk berbangsa cina yang tinggi dan semestinya merupakan lokasi yang cun untuk menonton pertunjukkan bunga api.

    3.Jambatan Satok

    Port Cun Untuk Melihat Bunga Api Chinese New Year Di Kuching

    Jambatan Satok sememangnya terkenal sebagai port untuk menonton pertunjukan bunga api di Kuching kerana lokasinya yang berdekatan dengan pusat bandar.

    Jika anda ingin menonton bunga api di sini, pastikan anda meletakkan kereta anda sebetulnya agar tidak menganggu trafik.

    4.Jambatan Tun Salahudin @ Pending

    Port Cun Untuk Melihat Bunga Api Chinese New Year Di Kuching

    Jambatan Tun Salahudin yang menghubungkan Bintawa dan Pending ini juga merupakan port yang sememangnya sudah terkenal untuk menonton pertunjukkan bunga api di Kuching.

    Artikel Berkaitan