fbpx
Connect with us

Our Local Story

Bas Baru Di Kuching Bakal Dilengkapi Dengan WiFi Dan Mesra OKU

Published

on

myBAS

Bas Baru Di Kuching Bakal Dilengkapi Dengan WiFi Dan Mesra OKU

myBAS

Sarawak Bus Transport Companies Association (SBTCA) berharap untuk segera menandatangani perjajian dengan Kerajaan Malaysia untuk melancarkan Stage Bus Service Transformation (SBST) di Kuching dan Kota Samarahan.

Menurut Setiausaha Kehormat SBTCA William Chan, konsortium yang dibina bersama oleh syarikat bas di Kuching ( Konsortium BBK Sdn Bhd ) sudah bersedia untuk menandatangani perjanjian pada bila bila masa dan berharap agar kata putus dapat diberikan pada bulan April ini. Konsortium BKK Sdn Bhd adalah konsortium yang ditubuhkan bersama oleh Bau Transport Company Sdn Bhd, Biaramas Express Sdn Bhd, City Public Link Bus Service Sdn Bhd, Petra Jaya Transport (Sarawak) Sdn Bhd dan Sarawak Transport Company Bhd.

Pada 3 Februari yang lepas, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Hajah Nancy Syukri berkata bahawa konsortium tersebut akan menandatangani perjanjian untuk melancarkan Projek SBST pada bulan April ini.

Menurut Chan lagi, SBST akan meliputi kawasan yang luas di sekitar Kuching dan Samarahan di mana laluan yang dicadangkan akan meliputi kesemua tempat membeli belah utama di Kuching seperti tHe Spring, Boulevard and VivaCity, Damai, Kuching International Airport, Kuching Sentral sehingga ke Summer Mall di Samarahan. Gabungan jarak keseluruhan adalah 27 000 km sehari.

Bas yang akan digunakan pula akan dilengkapi Wifi, Mesra OKU, GPS, CCTV dan juga aplikasi telefon untuk pengguna.

Difahamkan juga bahawa ini adalah langkah pertama sebelum laluan lain yang menghubungkan pekan pekan kecil pula diperkenalkan.

Ini adalah perkembangan yang baik bagi warga Kuching dan Samarahan kerana kesesakan jalan raya semakin teruk kerana ketiadaan pengangkutan awam yang efisien menyebabkan penduduk membeli sebuah kereta atau motosikal untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Sekiranya projek ini menjadi kenyataan, ianya juga akan memberi manfaat yang amat besar buat warga Kuching dan juga Samarahan.

Continue Reading
Advertisement

Trending

A Part Of Borneo Digital